Ini Komen Datuk Ramli MS Terhadap Isu Che Ta dan Edry KRU!

akademi fantasia 2015

Nampaknya isu hangat mengenai Akademi fantasia 2015 di antara pelakon Che Ta dengan Edry Kru mendapat perhatian umum. Mana tidak hangatnya, apabila Che Ta dikatakan terguris dengan kata-kata yang dilemparkan Ery KRU terhadapnya semasa mengkritik salah seorang pelajar Edry KRU. Tindakan Edry KRU yang tidak puas hati kepada komen yang diberikan oleh Che Ta kepada pelajarnya yang dikatakan tidak membina kepada pelajarnya sehingga memalukan Che Ta sebagai juri pada malam tersebut. Susulan itu, Demi Maruah, Che Ta Tinggalkan Akademi Fantasia

Justeru, pengkritik tetap Akademi Fantasia 2015 (AF2015) iaitu Datuk Ramli MS menyifatkan tindakan pengetua program itu, Edry Abdul Halim menegur cara kritikan Rozita Che di khalayak ramai tidak seharusnya berlaku.

Menurut Datuk Ramly, pihak luar salah faham mengenai tugas Rozita atau Che Ta, 42, yang hanya menjalankan peranan sebagai pengkritik awam dan bukannya seorang pakar muzik.

“Pada minggu pertama, diakui saya nak gelak dengan komen Che Ta yang terlalu positif walaupun persembahan pelajar itu teruk. Jadi saya nasihatkan dia untuk beri komen secara jujur sebagai seorang penonton dan dia buat.

“Dan saya sokong setiap komen-komen yang diberikan. Cuma dia tidak tahu menggunakan ayat-ayat sesuai orang seni muzik gunakan. Dia bukannya orang muzik.

“Dia bercakap mengikut apa yang dia rasa dan saya faham maksudnya itu. Saya anggap isu ini timbul kerana salah faham mengenai tanggungjawab yang diberikan kepada Che Ta. Mereka tidak faham tugas Che Ta sebagai wakil orang awam,” tegasnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Sementara itu, Ramli turut meminta agar orang ramai tidak membandingkan dirinya dengan aktres itu memandangkan kedua-dua mereka berada di bidang yang berbeza.

“Jangan bandingkan dia (Che Ta) dengan saya. Jangan lihat dia sebagai pengkritik profesional kerana dia hanyalah pengkritik awam yang mewakili masyarakat luar sana.

“Saya lihat Edry dan tenaga pengajar sangat prejudis dengan pihak pengkritik. Mereka tidak faham tugas Che Ta sehinggalah saya perlu menjelaskan semula kepada tenaga pengajar dan barulah mereka faham.

“Saya lihat Che Ta tidak bersalah dalam perkara ini,” ujarnya.

Written by Eeyda Meelley

Eeyda Meelley

"Jadilah seorang muslim yang sempurna dengan sentiasa mencari kelemahan sendiri supaya anda tiada masa untuk mencari kelemahan orang lain."