Ini Nasihat Che Ta, Buat Wanita Di Luar Sana Terkedu!

Ini Nasihat Che Ta, Buat Wanita Di Luar Sana Terkedu!

Kehidupan gaya mewah pelakon popular dan ahli perniagaan, Rozita Che Wan atau panggilan mesra Che Ta tidak perlu dipertikaikan lagi. Hal ini diakui sendiri oleh tuan punya badan melalui Pendedahan Eksklusif Rozita Che Wan Mampu Hidup Mewah Jadi Pelakon!

Mungkin ramai yang tidak suka apa yang dilakukan oleh Che Ta yang dilihat seolah-olah mahu menunjukkan kemewahannya yang selalu dikongsikan melalui instagram. Namun Che ta juga merupakan seorang contoh artis yang berjaya dan pandai dalam menentukan perancangan kehidupannya. Menurut che ta, apa yang dipaparnya itu sekadar memberi motivasi kepada peminatnya di laman sosial dan jauh sekali untuk riak.

“Memang ada orang cakap saya ambil semua gambar bercuti untuk tujuan menunjuk-nunjuk, tetapi sebenarnya tidak. Saya mahu gambar itu menjadi motivasi kepada wanita di luar sana untuk berusaha sehingga berjaya dan boleh menjadi seperti saya dapat bercuti ke mana sahaja”

“Sebagai wanita, jangan mengharap sangat duit lelaki, perlu berdiri atas kaki sendiri,” katanya kepada Sinar Harian sambil menyatakan bahawa dia tidak memberi perhatian kepada perkara negatif di dalam kehidupannya.

Ini Nasihat Che Ta, Buat Wanita Di Luar Sana Terkedu!

Selain itu, Che Ta juga turut mendedahkan bahawa dia turut mengupah seorang jurugambar untuk mengambil gambarnya sekeluarga jika bercuti. Untunglah jurugambar tu kan, boleh makan angin sekali dan kenal negara luar. Patutlah gambar Che Ta kita berpozing semuanya cantik-cantik belaka. Untung Zain Saidin dapat isteri macam Che Ta ni.

Written by Eeyda Meelley

Eeyda Meelley

"Jadilah seorang muslim yang sempurna dengan sentiasa mencari kelemahan sendiri supaya anda tiada masa untuk mencari kelemahan orang lain."