Anak Che Ta Dapat Durian Runtuh!

rozita che wan dan zain saidin

Bertuah sungguh la anak pelakon popular Rozita Che Wan atau Che Ta ni. Mana tidak untungnya apabila berpeluang berlakon dalam drama seawal usia setahun dan dibayar pihak produksi belasan ribu ringgit hanya untuk 11 episod. Belasan ribu pun artis lama belum tentu dapat bayaran sebanyak tu!

“Bayaran untuk komitmen 11 hari yang dia dapat itu melebihi bayaran pelakon pembantu yang menerima anugerah. Itu saja saya boleh cakap,” jelasnya kepada BH Plus selain menyatakan bahawa apa yang dilakukan olehnya itu bukanlah bertujuan untuk mempergunakan anaknya sendiri.

Bagaimanapun menurut Che Ta, perkara tersebut telah mendapat persetujuan daripada pihak produksi dan stesen televisyen. Che Ta menyifatkan perkara tersebut sebagai rezeki anaknya dan seperti biasa, pelakon ini tidak pernah terkesan dengan suara negatif dan akan melakukan apa yang terbaik buat keluarga.

“Kira pakejlah gayanya kalau orang nak cakap kami anak beranak berlakon. Tak apalah, orang nak cakap apa…itu terpulang. Ini semua soal rezeki. Sebelum ini apa sahaja yang membabitkan saya selalu dipersoalkan dan menjadi kontroversi”

“Saya tak boleh nak tutup mulut orang dan kalau dilayan memang tidak pernah berakhir. Biarlah,” katanya. Tambah Che Ta lagi, Aaisyah turut terlibat dalam lakonan kerana Che Ta hanya akan berlakon di ibu kota, bagaimanapun terdapat lakonan yang terpaksa dilakonkan di Perlis, jadi pelakon tersebut perlu membawa anaknya itu sekali.

Kepada peminat Che Ta, bolehlah kalau anda semua nak tengok lakonan keluarga ni berlakon sebab Zain Saidin juga turut dijemput sebagai pelakon undangan. Untungnya kan anak Che Ta ni, kecil-kecil dah ada pendapatan sendiri.

Written by Eeyda Meelley

Eeyda Meelley

"Jadilah seorang muslim yang sempurna dengan sentiasa mencari kelemahan sendiri supaya anda tiada masa untuk mencari kelemahan orang lain."