(VIDEO) Netizen Berang Dengan Tindakan Adik Neelofa Kutuk Sekolah Kerajaan!

Baru-baru ini telah tersebar satu video dimana adik kepada pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa yang dikenali sebagai Ameera telah memuat naik video itu di Youtube yang memaparkan perbandingan antara sekolah kerajaan dan sekolah antarabangsa.

Namun, video tersebut telah menimbulkan kemarahan netizen apabila Ameera telah mengeluarkan pandangan peribadinya bahawa sekolah kerajaan adalah ‘low level’ berbanding dengan sekolah antarabangsa.

Ameera 4

Video yang dimuat naik beberapa hari lepas itu telah ditonton hampir 44 ribu dan disukai seramai 644 orang tetapi tidak disukai seramai 2,499 orang. Bahkan, Ameera turut mengatakan satu kenyataan yang mencetuskan kemarahan orang ramai.

“Cikgu sekolah kerajaan buat kerja cincai, kantin, tandas kotor dan makanan tak sedap.”

Rata-rata netizen meninggalkan komen dan kritikan atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ameera. Tidak salah rasanya untuk memberikan pandangan peribadi, tapi seharusnya kita perlu lihat keadaan sekeliling kita. Mungkin ada yang kurang kemampuan dari kita?

Ameera 2

Ameera 3

Ameera 1

Rasanya kita semua tahu bahawa tidak semua orang mampu untuk belajar di sekolah antarabangsa yang mengenakan bayaran yuran yang tinggi. Mungkin persepsi orang kaya seperti Ameera yang mementingkan taraf ini nampaknya telah memakan dirinya sendiri. Apapun, setiap orang ada pandangan masing-masing kan?

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  1. Adik Neelofa Nafi Tegur Aurat Fazura, Bukan IG Sebenar!
  2. Fake Account Adik Neelofa Cetus Kontroversi Di Foto Fazura?
  3. Gambar Terkini Hanis Zalikha Dengan Baby Bump Tersangat Comel!

Written by Lyza Eyza

Lyza Eyza

Jangan pernah menoleh ke belakang, tapi sentiasa berfikir ke depan agar kita tidak melepaskan peluang yang ada di depan mata. Jadikan perkara yang lepas sebagai pengalaman yang terindah dalam hidup kita.

  • Fierozz Sasmes

    bg aku, pendapat adik neelofa ni kebanyakannya aku setuju..

    sebenarnya dia bukan kritik kita, tp dia kritik SISTEM pendidikan kita..
    guru2 pun jgn la pula pandang dari sudut negatif..
    amik yg positif dari komen dia..

    dan jangan kutuk dia.. dia hanya kuarkan pendapat dia..
    dan pada aku, kebanyakannya bernas.. lebih2 lagi pandangan dia tentang hal2 yg lain..

    dan, mungkin dia poyo je laa, sbb ckp dalam bahasa inggeris.. tu je.. yg lain aku rasa ok.. 🙂 🙂