(Video) Imbasan Kembali Kisah Sedih Tragedi Pembunuhan Kejam Along Spoon

Kira-kira 15 tahun lalu pada 6 Januari 2000 terjadinya satu tragedi apabila penyanyi Spoon – Along ditemui mati dibunuh. mStar Online menyingkap peristiwa sedih itu.

Artikel menarik:- Video Terlajak Sweet Lana Nodin Masak Untuk David McKenzie!

Along yang ketika itu berusia 19 tahun popular dengan lagu Serindu-Rindunya telah dibunuh dengan keadaan mayatnya dimasukkan ke dalam guni, diikat lalu dicampak ke dalam gaung sedalam kira-kira 400 meter iaitu di kawasan sunyi, Jalan Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

(Video) Imbasan Kembali Kisah Sedih Tragedi Pembunuhan Kejam Along Spoon

Peristiwa berdarah itu hanya disedari lebih 10 hari selepas Allahyarham, dengan nama sebenar nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie dilaporkan hilang iaitu pada 25 Disember 1999.

Penemuan mayat Allahyarham diketahui selepas seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tontoni imbasan kisah sedih ini dalam bentuk video selepas 15 tahun ia berlalu di mstar online. Al-Fatihah buat Allahyarham.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-

1) Video Gelagat Chef Wan Belajar Memandu Kereta Manual

2) (Video) Peminat Fanatik Mira Filzah Cipta Lagu Khas Buatnya…Ohsemm!

3) Info Mengenai Cikgu Aishah Yang Patut Anda Tahu (VIDEO)

Written by Eeyda Meelley

Eeyda Meelley

"Jadilah seorang muslim yang sempurna dengan sentiasa mencari kelemahan sendiri supaya anda tiada masa untuk mencari kelemahan orang lain."