Bocey Rangkul Juara Maharaja Lawak Mega 2016

Tahniah! Bocey Juara Maharaja Lawak Mega 2016, Bawa Pulang RM500,000

Kumpulan Bocey menepati ramalan apabila mereka bertiga diumumkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016), malam tadi.

Pengumuman kejuaraan itu diumumkan oleh hos MLM 2016, Datuk AC Mizal di Gelanggang Akhir MLM 2016 yang bersiaran dari Stadium Tertutup Perbadanan Pasir Gudang, Johor Bahru.

bocey
Tahniah! Bocey Merangkul Juara Maharaja Lawak Mega 2016, Bawa Pulang RM500,000.

Kejayaan ini juga membolehkan Fad, Achey dan Abam menerima hadiah wang tunai RM500,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Kumpulan Joras yang dianggotai oleh Joey, Rahim dan Shuk merangkul gelaran naib juara dan memenangi wang tunai RM250,000 berserta sebuah trofi.

Mamak dah Ali yang membentuk kumpulan Puteh pula menghuni tempat ketiga dan memenangi wang tunai RM150,000 berserta trofi.

Kumpulan LOL yang dianggotai Angah, Ajak dan Tauke berpuas hati di tempat ke-4 dan memenangi RM50,000 berserta trofi.

Tahniah kepada semua pemenang #MaharajaLawakMega 2016.
Tahniah kepada semua pemenang #MaharajaLawakMega 2016.

Di pertarungan akhir ini, dua tema telah diberikan kepada setiap finalis. Bagi pusingan pertama, mereka akan membuat persembahan bebas dan untuk pusingan kedua, tema muzikal harus dipersembahkan.

Maharaja Lawak Mega 2016 Akhir telah disiarkan di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) bermula jam 10.00 malam.

Seperti biasa, barisan juri yang mengadili dan memberi komen untuk setiap finalis pada malam tadi ialah Ziana Zain, Bunga Citra Lestari, Najip Ali dan Shaheizy Sam.

Written by Mie Xan

Mie Xan

"Aku bukan hanya sekadar menulis, jari jemari ini sentiasa memaksa diri untuk terus melakar bait kata-kata yang sering bermain dibenak kusutku".
Mula menulis blog gosip artis semenjak tahun 2005 sehingga kini.