Liyana Jasmay Dedah Suaminya Menjadi Perhatian Di Sabah

Pelakon Liyana Jasmay yang sebelum ini sudah selamat menimang cahaya mata kedua mendedahkan bahawa suaminya yang seorang ahli perniagaan Fathuddin Mazlan mendapat perhatian di Sabah apabila Fathuddin kini berkerja di sana.

BACA: TAHNIAH! Liyana Jasmay Selamat Timang Anak Kedua

Menurut Liyana, beliau banyak menerima banyak mesej di laman sosial daripada peminat apabila mereka mengambil bergambar dengan suaminya yang kini bekerja di Sabah.

Liyana 6

“Kasihan juga melihat suami saya dia bekerja di Sabah dan orang di sana ramai yang mengenali dia sebagai suami saya, jadi mereka selalu juga minta untuk bergambar dengannya.

“Selalu saya dapat notification di laman sosial ada sahaja peminat yang bergambar dengannya dan tag saya, mereka kata tidak dapat bergambar dengan saya, suami saya pun jadilah,” ujarnya kepada mStar Online.

Bahkan, Liyana menjelaskan peminat di negeri itu sedikit fanatik membuatkan dia sendiri agak takut untuk keluar bersendirian jika melawat suaminya di negeri itu.

Katanya, dia pernah mempunyai pengalaman diekori oleh individu tidak dikenali ketika keluar membeli barang secara bersendirian.

Liyana 7

“Jika saya ke Sabah, saya hanya duduk rumah sahaja kerana takut untuk keluar bersendirian kerana saya pernah ada pengalaman buruk di sana.

“Saya diekori oleh orang tidak dikenali ketika sedang membeli-belah bersendirian, nasib baik tiada apa yang berlaku kerana segera balik ke rumah, selepas kejadian itu saya tidak berani keluar secara bersendirian lagi,” ujarnya.

Mengenai perkembangan terbaru, Liyana kini memberikan sepenuh perhatian kepada dua orang cahaya mata iaitu Sofea Arissa, 2, dan Selena yang baharu berusia 3 bulan.

Liyana 3

“Sekarang saya sedang sibuk membesarkan lagi jenama pakaian Mermaid Store dan Alhamdulillah saya sekarang dibantu dengan tiga orang pekerja.

“Selain itu beberapa drama dan filem juga akan menyusul tahun ini dan banyak juga perancangan lain selain saya akan muncul dengan lagu baharu berjudul Oh Na Na tidak lama lagi,” ujarnya.

Written by Lyza Eyza

Lyza Eyza

Jangan pernah menoleh ke belakang, tapi sentiasa berfikir ke depan agar kita tidak melepaskan peluang yang ada di depan mata. Jadikan perkara yang lepas sebagai pengalaman yang terindah dalam hidup kita.