AlFatihah – PU Zaid meninggal dunia & Punca Kematian

Bekas peserta program realiti dakwah Pencetus Ummah 2015 terbitan Astro, Abdul Zaid Abdul atau lebih dikenali sebagai PU Zaid, 31, telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10 pagi tadi.

PU ZAID2
PU ZAID Meninggal Dunia. – Al Fatihah.

Pemenang tempat ketiga program Pencetus Ummah (PU) 2015, Abdul Zaid Abdul atau PU Zaid, 31, meninggal dunia setelah mengalami sesak nafas, pagi tadi, lapor sebuah portal berita tempatan.

Bapanya, Abdul Sabadin, 72, berkata sekitar jam 8.30 pagi tadi, PU Zaid sempat bersarapan di rumah di Kampung Pukat, Tanjung Batu, Tawau bersama ahli keluarga lain.

“Selepas sarapan, dia ke tandas dan sebaik keluar dia kelihatan lemah dan nafasnya tercungap-cungap.

“Kami kemudian mengejarkannya ke Hospital Tawau namun sebaik tiba, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Difahamkan, Allahyarham pernah menghidap jangkitan kuman pada paru-paru sebelum ini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir Putih, di sini, petang ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Fatimah Zahrah Abdul Syukur, 29, dan seorang cahaya mata perempuan, Dhia Zahrah, berusia setahun setengah.

 

pu zaid
Kapsyen yang dipetik dari laman twitter PU Sufian.

Written by Mie Xan

Mie Xan

"Aku bukan hanya sekadar menulis, jari jemari ini sentiasa memaksa diri untuk terus melakar bait kata-kata yang sering bermain dibenak kusutku".
Mula menulis blog gosip artis semenjak tahun 2005 sehingga kini.