Dikritik Kendali ABPBH29, Ini Penjelasan Mira Filzah!

Meskipun dianggap pendatang baru, namun nama Mira Filzah bukan asing lagi dalam industri tanah air, malah kehadirannya sememangnya membuatkan ramai peminat jatuh hati. Mana tidaknya berperwatakan lemah lembut juga sejuk mata memandang lebih-lebih lagi ayu bertudung.

Mira Filzah sewaktu mengacarakan majlis ABPBH29
Mira Filzah sewaktu mengacarakan majlis ABPBH29

Namun biasalah, lumrah menjadi seorang selebriti bukan sesuatu yang mudah. Hendak menapak nama. Beberapa hari lalu telah berlangsung majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 (ABPBH 2015). Mira Filzah menerima kritikan dari sesetengah pihak yang mempertikaikan dia menjadi pengacara majlis tersebut. Tidak cepat melatah, beliau bagaimanapun tampil memohon maaf di laman Instagram miliknya.

“Diberi peluang untuk mengacara sebuah anugerah berprestij adalah satu tugas yang sangat besar. Malah, risiko juga besar. Ada yang pertikai, kenapa berani sangat untuk mengacara anugerah besar sedangkan ini adalah kali pertama. Tak takut ke dengan kritikan dan sebagainya?”

“Hm, apalah erti usaha kalau kita tak mencuba. Tak cuba, kita sendiri tak tahu. Mira suka mencuba, dan Mira sukakan cabaran. Betul, ini adalah kali pertama mengacara secara live. Tak dinafikan minat mengacara sudah lama, tapi mungkin Allah beri rezeki pada bidang lakonan dahulu,” katanya.

Mira Filzah digandingkan dengan Zizan Razak menjadi pengacara majlis ABPBH29
Mira Filzah digandingkan dengan Zizan Razak menjadi pengacara majlis ABPBH29

Dalam kenyataannya lagi, selain berterima kasih kepada penganjur di atas peluang yang diberikan itu, Mira Filzah turut sama memberikan penghargaan kepada peminatnya yang sentiasa memberikan sokongan.

Apa yang terjadi kepada Mira Filzah bagi penulis bukanlah satu isu besar. Kritikan yang datang pula hanya sekadar mempertikai tanpa cuba meletakkan diri di tempat Mira. Harus diingatkan tiada siapa pun terlahir sempurna untuk setiap langkah pertama.

Written by Eeyda Meelley

Eeyda Meelley

"Jadilah seorang muslim yang sempurna dengan sentiasa mencari kelemahan sendiri supaya anda tiada masa untuk mencari kelemahan orang lain."