Dikritik Selekeh Selepas Kahwin, Adira AF Punya Alasan Yang Tersendiri!

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Adira Suhaimi yang sudah berkahwin pada tahun yang lalu dilihat agak berbeza berbanding dahulu sehingga menarik perhatian netizen.

Netizen mempersoalkan gaya Adira di Instagram dan mempertikaikan penampilan Adira sebagai seorang isteri yang sepatutunya kelihatan cantik dan berseri selepas berkahwin.

Namun, Adira punya alasan yang tersendiri atas penampilan dirinya yang terkini. Menurut Adira, dia lebih mengikut keselesaan untuk memakai apa sahaja yang diingini malah dia akui jarang keluar rumah semenjak berkahwin.

Adira 1
Adira bersama suaminya, Datuk Adnan.

Bahkan, penampilannya bukan selekeh tetapi bersahaja. Netizen juga pernah menegur cara Adira bertudung yang dikatakan tidak memakai tudung dengan cara yang betul dan sepatutunya.

“Sebenarnya sejak bergelar isteri, saya jarang keluar rumah. Saya akan pakai apa sahaja asalkan selesa, namun saya juga melihat pada kesesuaian tempat.

“Pada saya pemakaian saya tidak selekeh cuma kadang-kadang suka menggayakan tudung sesuka hati. Saya tidak pandai pakai jarum peniti, sebaliknya lebih suka membelit sahaja tudung di leher,” katanya.

Adira bersama Neelofa dan Emma Maembong ketika malam ABPBH29.
Adira bersama Neelofa dan Emma Maembong ketika malam ABPBH29.

Apapun, setiap orang punya gaya penampilan yang tersendiri. Biasalah, kadang-kadang simple itu lebih cantik. Selagi aurat dan batas seorang isteri masih terjaga, jadi apa masalahnya kan? Doakan yang baik-baik saja.

Written by Lyza Eyza

Lyza Eyza

Jangan pernah menoleh ke belakang, tapi sentiasa berfikir ke depan agar kita tidak melepaskan peluang yang ada di depan mata. Jadikan perkara yang lepas sebagai pengalaman yang terindah dalam hidup kita.