Raja Farah Kongsi Pengalaman Hamil Anak Pertama

Pelakon Raja Farah yang telah berkahwin kali kedua dengan Iskandar Ismail pada September yang lalu bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Malah, Raja Farah dijangka akan bersalin pada bulan Ogos depan.

Menurut Farah, dia tidak mengalami alahan yang teruk cuma ada satu tabiat yang timbul sejak mengandung anak sulung ini.

“Saya jadi malas nak pakai cantik. Nak bersolek ringkas pun tak kuasa apatah lagi mengenakan gincu. Saya lebih selesa tidak beriya sangat nak melawa. Suami saya pun tidak berdepan simptom mengidam benda bukan-bukan. Pendek kata, masih terkawal.

“Ikutkan ini pengalaman pertama kami berdepan situasi baharu, tetapi syukur masih boleh dilalui sebaik mungkin,” katanya.

Farah 2
Raja Farah bersama suaminya, Iskandar Ismail.

Sehingga kini Farah enggan mendedahkan jantina anak yang bakal lahir itu.

“Kalau diizinkan Tuhan, kami inginkan anak lelaki. Saya juga sudah melakukan pengimbasan jantina bayi, tetapi tunggulah dahulu. Biar ‘suprise’,” katanya.

Tambah Raja Farah lagi, beliau seboleh-bolehnya mahu berpuasa penuh sekalipun hamil.

“Saya sudah berbincang dengan suami dan merancang untuk berpuasa. Mungkin akan cuba berpuasa beberapa hari lebih awal sebelum tibanya Ramadan.

“Jika mampu, saya akan teruskan berpuasa seterusnya sepanjang Ramadan. Kena tengok keadaan. Kalau boleh memang tak mahu tinggalkan puasa,” katanya.

Farah kini terlibat dalam program Assalamualaikum di TV AlHijrah, bergandingan dengan Irma Hasmie.

“Saya berkemungkinan besar akan mengacara program itu sampai Julai. Selepas itu kena berhenti sebab menghitung hari untuk melahirkan anak,” katanya.

Tidak kira lah jantina apa sekalipun, apa yang penting anak yang bakal lahir itu dalam keadaan sihat dan sempurna. Semoga proses bersalin nanti akan berjalan lancar.

Written by Lyza Eyza

Lyza Eyza

Jangan pernah menoleh ke belakang, tapi sentiasa berfikir ke depan agar kita tidak melepaskan peluang yang ada di depan mata. Jadikan perkara yang lepas sebagai pengalaman yang terindah dalam hidup kita.