Saharul Ridzwan Sahkan Bakal Bernikah Selepas Aidilfitri

Baru-baru ini tersebarnya gosip yang mengatakan pelakon kacak, Saharul Ridzwan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, dan kini beliau sendiri mengesahkan berita itu. Katanya lagi, beliau memang akan berkahwin selepas sambutan Aidilfitri nanti namun identiti kekasih hati biarlah menjadi rahsia terlebih dahulu.

“Mengikut kepada perancangannya, memang saya mahu berkahwin dalam tahun ini juga, mungkin selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti tetapi untuk bercerita lanjut mengenai soal tarikh dan siapakah identiti calon bakal isteri, saya masih mencari masa yang sesuai untuk mengumumkannya kepada orang ramai”

“Dia seorang wanita biasa, bukan artis. Kami kenal sebelum saya bergelar selebriti kira-kira empat tahun lalu tetapi hubungan kami pernah putus kerana masing-masing belum bersedia. Dia memenuhi empat kriteria yang Nabi Muhammad sebut sekiranya mahu mencari pasangan hidup,” katanya.

Gadis Yang Didakwa Bakal Isteri Saharul Ridzwan Cetus Tanda Tanya
Gadis Yang Didakwa Bakal Isteri Saharul Ridzwan Cetus Tanda Tanya

Berkongsi detik pertemuan mereka berdua, Saharul berkata semasa menunaikan umrah tahun lalu, beliau ada berdoa di hadapan Kaabah agar segera dipertemukan jodoh. Dan apabila pulang, beliau bertemu kembali dengan bekas kekasih dan telah sepakat untuk membawa hubungan ini ke peringkat yang lebih serius.

Saharul Ridzwan Bersama Ayahnya Mengerjakan Umrah Awal Ramadhan Lalu
Saharul Ridzwan Bersama Ayahnya Mengerjakan Umrah Awal Ramadhan Lalu

Written by Eeyda Meelley

Eeyda Meelley

"Jadilah seorang muslim yang sempurna dengan sentiasa mencari kelemahan sendiri supaya anda tiada masa untuk mencari kelemahan orang lain."