Takziah! Bapa Sasha Dan Zain Saidin Disahkan Meninggal Dunia

Bapa kepada pelakon Sasha Saidin dan Zain Saidin iaitu Mohamad Saidin Osman meninggal dunia pada malam Selasa.

Sasha menerusi Instagram miliknya memaklumkan bapanya meninggal dunia pada pukul 8.45 malam selepas dimasukkan ke hospital pada pagi hari sama.

Zain 1
Status yang dimuat naik oleh Sasha Saidin mengenai kematian bapanya.

“Saya ingin memaklumkan bapa saya Allahyarham Tuan Haji Mohamad Saidin Osman meninggal dunia pada 8.45 malam tadi.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan atas sokongan, doa dan ingatan. Al-Fatihah,” tulisnya.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid As-Syakirin, Jalan Gombak pagi ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ibu Kota, Danau Kota.

Dalam pada itu, Sasha menyifatkan bapanya seorang lelaki yang cukup baik dan penyayang.

“Bapa saya adalah seorang lelaki yang baik.

“Dalam hidupnya dia sentiasa meletakkan orang lain melebihi dirinya sendiri dan saya percaya dia telah menjalani kehidupan yang baik,” katanya.

Zain 2
Sasha bersama arwah bapanya, Mohamad Saidin Osman ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Takziah diucapkan kepada Sasha dan Zain Saidin. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Written by Lyza Eyza

Lyza Eyza

Jangan pernah menoleh ke belakang, tapi sentiasa berfikir ke depan agar kita tidak melepaskan peluang yang ada di depan mata. Jadikan perkara yang lepas sebagai pengalaman yang terindah dalam hidup kita.