Bayi Shukri Yahya Dijangka Melahirkan Pada Bulan Ogos Ini

Pelakon Shukri Yahaya meminta isterinya Tya Adnan yang kini hamil tujuh bulan agar menjalankan ibadah puasa mengikut kemampuan.

Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya, 28, berkata, ia berikutan isterinya pernah mengalami detik cemas apabila bayi dalam kandungan tidak bergerak pada Ramadan ketiga lalu.

“Kebiasaanya dia dapat merasakan bayi dalam perut aktif bergerak, jadi pada puasa ketiga lalu dia beritahu saya bayi tersebut tidak bergerak.

“Saya cemas dan menyuruh dia minum air, selepas itu barulah dia rasa semula bayi tersebut bergerak.

“Nasib baik saya berada dengannya ketika itu dan terus membawanya ke hospital untuk buat pemeriksaan,” ujarnya.

Pelakon itu ditemui pada majlis berbuka puasa Syukur Selalu baru-baru ini.

Shukri Yahaya dan Tya Adnan berkahwin pada 20 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Selain itu, Shukri berkata, dia tidak mengambil sebarang tawaran lakonan sepanjang Ramadan ini bagi memberi perhatian terhadap isteri dan anak yang bakal dilahirkan.

shukri1
Shukri tidak ambil tawaran berlakon sepanjang Ramadan untuk bersama isteri yang bakal melahirkan bayi mereka pada ogos 2016.

“Sepanjang berkahwin saya sibuk dengan penggambaran dan tidak banyak masa bersama dengannya, jadi saya ambil peluang bulan Ramadan ini untuk habiskan masa bersamanya.

“Insya-Allah lepas Hari Raya saya akan sambung kerja semula dan sehingga dia bersalin iaitu hujung bulan Ogos ini saya hanya akan ambil penggambaran di sekitar Kuala Lumpur sahaja,” ujarnya.

Sementara itu ditanya tentang bayi berkenaan, Shukri berkata menerusi imbasan yang dilakukan dia bakal menimang cahaya mata perempuan.

Selain itu, dia kini sibuk membuat persiapan dan mencari barang keperluan bayi.

“Insya-Allah dapat anak perempuan dan sekarang kami sedang buat persiapan sedikit-sedikit, saya akui paling teruja membeli barang-barang bayi,” ujarnya.

Written by Mie Xan

Mie Xan

"Aku bukan hanya sekadar menulis, jari jemari ini sentiasa memaksa diri untuk terus melakar bait kata-kata yang sering bermain dibenak kusutku".
Mula menulis blog gosip artis semenjak tahun 2005 sehingga kini.