Sebelum ini, industri hiburan dikejutkan dengan berita mengenai seorang bekas jurulatih Liga Super berusia 50-an yang telah selamat mendirikan rumah tangga kali kedua bersama seorang penyanyi wanita berusia 29 tahun.
Bekas jurulatih itu telah berkahwin dengan wanita yang juga merupakan adik kepada pelakon dan penyanyi terkenal tanah air dan kini sedang menyertai sebuah pertandingan nyanyian bersama-sama.
Namun baru-baru ini, kedua isteri bekas jurulatih itu sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas dilaporkan bergaduh di sebuah restoran.
Gambar Hiasan
Menurut laporan FMT, pergaduhan itu berlaku di restoran di Shah Alam kerana perselisihan faham antara mereka berdua.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurut Iqbal, kejadian tersebut berlaku pada awal pagi dan kedua-dua isteri sudah tampil membuat laporan polis
Leave a Reply