Baru-baru ini, tular berita mengenai isteri pertama menyerang isteri kedua bekas pemain bola sepak, Datuk Zainal Abiddin Hassan di kedai mamak.
Susulan itu, isteri kedua iaitu Fyna Jamal telah membuat laporan polis selepas berlakunya pergelutan terbabit pada hari Isnin, sekitar jam 2.15 pagi.
Difahamkan daripada laporan pihak polis, isteri pertama berasa marah terhadap Fyna kerana perkahwinan bersama suami sama sekali dilakukan tanpa pengetahuannya. Malah, juga merasakan madunya itu menyindir dia di dalam program Famili Duo baru-baru ini.
Walaupun kedua-dua belah pihak disahkan sudah membuat laporan polis, namun Fyna mengambil keputusan untuk tidak memaklumkan hal berkenaan secara terperinci dan lebih memilih untuk mengunci mulutnya.
Melalui tinjauan di Facebook, salah seorang anak Zainal Abiddin ada memuat naik foto mesra mereka sekeluarga.
Leave a Reply