Doktor Wanita Tuntut Suami Julia Farhana Bayar RM150K, Didakwa Lari Dari Bayar Hutang?

Baru saja mendirikan rumah tangga bersama, muncul lagi ujian buat pasangan Julia Farhana dan suami, Dr Mohammad Che Hafiz Che Ibrahim selepas seorang wanita menuntut hutang.

Difahamkan dari dakwaan daripada seorang doktor wanita yang enggan mendedahkan identitinya itu, Che Hafiz didakwa gagal bayar semula wang pelaburan sebanyak RM150,000 untuk menjalankan operasi sebuah klinik di Cyberjaya, Selangor.

Advertisement

Susulan itu, wakil peguam kepada plaintif, Zawia Najah Badrul Hisham dari Nik Sofia & Co memaklumkan bahawa Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah mengarah Che Hafiz serta seorang lagi rakan kongsi untuk bayar wang itu sejak 10 Jun 2022 lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Julia Farhana Marin (@juliafarhanamarin)

Disebabkan itu, wanita terbabit merasakan Che Hafiz serta rakannya itu sengaja melengahkan tuntutan bayaran berkenaan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *