Sekitar hujung tahun lalu, kisah perkahwinan lelaki yang mendakwa dirinya seorang pakar saham terkenal, Datuk Dr Nazri Khan (DDNK) dengan pelajarnya mengejutkan ramai.
Perkahwinan DDNK, 47, dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari berusia 25 tahun itu menjadi bualan gara-gara dikatakan telah berkahwin di Thailand terlebih dahulu.
Malah, lebih membuatkan ramai terkejut selepas bekas isterinya, Hasmawati mendakwa masih belum mendapat dokumen rasmi perpisahan antara mereka.
Bagaimanapun, Hasmawati mengambil tindakan bijak untuk menggunakan prosedur undang-undang membabitkan nafkah dan hak anak lelaki mereka.
Baru-baru ini, dia dijemput menjadi tetamu dalam rancangan ‘Sembang Wanita’ yang dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Nani Roslan.
Leave a Reply