Gara-gara trailer filem Pulau yang dikritik kerana dikatakan mempunyai unsur ‘soft porn’, topik itu hangat dibualkan warganet di media sosial.
Rata-ratanya berpendapat pengkarya filem perlu menitik beratkan hal tersebut dan memikirkan tentang kesan buruk adegan panas dalam sesebuah filem.
Sudah semestinya ia tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak dan remaja selain turut memberikan kesan buruk dalam masalah sosial di kalangan masyarakat.
Bagaimanapun, tindakan individu di sebalik satu page di Facebook ini dikecam ramai warganet selepas dia memuat naik hantaran tentang filem lama daripada Seniman Agung Tan Sri P Ramlee.
Menerusi hantaran itu, The Wayangster menunjukkan beberapa tangkap layar adegan panas daripada filem bertajuk Gelora yang ditayangkan pada tahun 1970.
Leave a Reply