Komen Mas Idayu Buat Sissy Imann Menangis, Netizen Tak Puas Hati – “Kritikan Yang Tak Membina!”

Semalam, penyanyi Sissy Imann tidak dapat menahan sebak selepas dilontarkan dengan komen pedas daripada juri tetap, Mas Idayu dalan rancangan program nyanyian Famili Duo.

Penyanyi berusia 28 tahun itu bersama sepupunya, Naim Daniel menyanyikan lagu Jampi pada minggu keenam pertandingan itu.

Advertisement

Bagaimanapun, persembahan mereka mendapat kritikan daripada juri kerana menganggap lagu itu tidak sesuai dengan mereka berdua.

Awak buat apa malam ni? Minggu keenam ni! Awak patutnya cari la lagu yang sesuai dengan awak.

@syahiraibrahim19

#foryou #sissyiman #naimdaniel #familyduo

? original sound – Syahiraibrahim – Syahiraibrahim

Bukan itu sahaja, Mas Idayu turut menyifatkan nyanyian mereka berdua sebagai kasar dan tidak sedap didengari untuk lagu tradisional.

Daripada awal sampai akhir berkasar dekat situ sedangkan benda ni lembut, tradisional.

Namun, Sissy atau nama penuhnya Sissy Imann Mohammad Kamil dilihat menangis kerana menganggap dia telah menyakiti hati ramai orang dengan nyanyian yang teruk.

@kick_kapoor8989

Kesian sissy tak dpt tahan menangis sebab lagu yang diberi TRADISIONAL terlalu “KASAR” bagi mummy. #fyp #fyp? #masukberanda

? bunyi asal – Kick_kapoor8989 – Kick_kapoor8989

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan kritikan yang diberi oleh Mas Idayu kerana ramai yang menganggap komen tersebut agak keterlaluan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *