Plot Twist! Nenek Mandi Air Lumpur Rupanya Tidak Dipaksa, Akui Dapat Duit Lumayan ‘Live’ Di TikTok

Sebelum ini, sis ada terbit artikel tentang seorang wanita dari negara jiran kita yang dikecam gara-gara tergamak memandikan seorang nenek dengan air lumpur demi mendapat ‘gifts’ di TikTok.


2 hari lalu

Wanita Dikecam Tergamak Simbah Nenek Air Lumpur Sampai Mengigil Kesejukan Demi Untuk Dapat ‘Gift’ TikTok

Advertisement

Namun, ternyata rupa-rupanya nenek berusia 55 tahun dari Setanggor, Lombok itu tidak dipaksa sebaliknya memang bersetuju kerana mendapat hasil yang lumayan.

Menurut nenek bernama Layar Sari itu dia boleh mendapat wang dengan mudah secara bersiaran langsung di TikTok dengan aktiviti sebegitu.

Bukanlah untuk mengejar publisiti atau sengaja mahu ‘views’ tetapi akui Sari wang tersebut digunakan bagi menampung perbelanjaan keperluan isi rumah serta menghantar anak-anak ke sekolah.

Kaedahnya dibahagi dua daripada hasil live TikTok, pemilik akaun dapat separuh, saya dapat separuh. Rp 9 juta (RM2,556) lagi sepanjang live ini.”

Video Sari tular sehinggakan pihak polis mula menyiasat kerarna menyangka dia dipaksa untuk bermandi air lumpur sehingga menggigil.

Tegas Sari, dia bukanlah mengemis dan turut meletakkan syarat jika ada pihak yang memintanya untuk berhenti iaitu supaya kerajaan perlu membiayai kos sara hidupnya.

Kalau betul-betul mahu berhenti mandi lumpur, Bu Risma (Menteri Hal Ehwal Sosial), gabenor membantu kami mencari nafkah.”

The post Plot Twist! Nenek Mandi Air Lumpur Rupanya Tidak Dipaksa, Akui Dapat Duit Lumayan ‘Live’ Di TikTok first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *