Puteri Sarah Lancar Lagu Sebagai Simbol ‘Move On’ – “Lagu Ni Mengisahkan Tentang Hidup Saya..”

Hari ini, pelakon Puteri Sarah Liyana melancarkan lagu berjudul Terus yang mengisahkan tentang apa yang berlaku dalam kehidupannya termasuk kemelut rumah tangga bersama suami iaitu pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Menurut Sarah, dia sengaja memilih tarikh 8 Mac iaitu merupakan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-9 dan juga Hari Wanita Sedunia.

Advertisement

Pelakon berusia 38 tahun itu memaklumkan dia mahu mengabadikan tarikh itu sebagai simbol dia sudah ‘move on’.

View this post on Instagram

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

Saya nak jalan terus dan tak lagi pedulikan apa saja kemelut yang berlaku. Sebagai wanita dan yang paling penting sebagai seorang ibu, saya harus terus kuat!

Difahamkan, lirik lagu Terus ditulis oleh Sarah bersama komposer lagu, Faizal Ulwi dan dinyanyikan oleh Sarah Fazny dan Zayani.

Saya kena bangkit dari kesedihan dan teruskan kehidupan. Bangkit bukan bermakna ingkar, tapi lebih kepada menyayangi diri sendiri dan tak membiarkan diri dipijak.

Bukan itu sahaja, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata lagu itu merupakan manifestasi dan mewakili isi hatinya.

View this post on Instagram

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

Lagu ini memang mengisahkan apa yang terjadi kepada diri saya. Apa yang berlaku selama ini saya ceritakan dan diterjemah menjadi sebuah karya.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *