Sebelum ini, pengacara rancangan Famili Duo iaitu Janna Nick telah dituduh menjadi punca pertelingkahan antara kedua isteri kepada bekas jurulatih Liga Super, Datuk Zainal Abidin Hassan di sebuah restoran di Shah Alam.
Difahamkan, punca pergaduhan adalah disebabkan isteri pertama, Datin Zalini Zaini berasa tersindir dengan kenyataan isteri kedua iaitu Fyna Jebat dalam program tersebut.
Tampil memberi penjelasan, Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner berkata dia kesal apabila ada rakan artis yang turut mengaitkan namanya dalam masalah rumah tangga mereka.
Saya okay kalau yang mengata tu netizen, tapi bila ada pelakon veteran yang menuduh secara membabi buta, saya jadi marah.
Menurut pelakon berusia 27 tahun itu, dia langsung tidak tahu menahu dengan konflik yang berlaku antara Fyna dan Datin Zalini.
Saya langsung tak tahu kewujudan isteri pertama dan masalah rumah tangga mereka. Konon saya pula punca kejadian tarik-menarik rambut tu berlaku.
Leave a Reply