Teruk Ditengking & Dimaki Pelanggan Sebab Americano, Tapi Staf Kedai Kopi ‘Maintain’ Sabar – “Bullsh*t Punya SOP”

Sesetengah orang memandang rendah dengan sesuatu pekerjaan sehinggakan ada yang bersikap kurang ajar. Itu antara cabaran dilalui pekerja industri makanan dan minuman yang terpaksa berdepan dengan kerenah pelanggan.

Tular di media sosial satu rakaman mempamerkan seorang barista di sebuah rangkaian kedai kopi terkenal ditengking dan dimaki oleh pelanggan.

Advertisement

Menerusi klip berdurasi lebih 1 minit itu, barista tersebut dimarahi dengan teruk oleh pelanggan terbabit difahamkan kerana dia tidak berpuas hati dengan Americano yang dipesan, hanya dalam cawan kecil.

Meskipun sudah diterangkan bahawa saiz tersebut adalah mengikut SOP ditetapkan oleh kedai itu namun barista terbabit terus menerus ditengking oleh pelanggan itu.

Apa benda korang buat ni? Panggil bos keluar. Kamu supervisor? Ikut SOP? Bullsh*t punya SOP.”

Tak malu ka nak mengamuk tengking2 buat kecoh kat dalam store semata-mata secawan americano mcm ni? Orang dah explain, tetap jugak nak kata dia yang betul. Kesian yang kerja f&b kadang2 kena layan customer dari neraka macam ni. Haish. My anger issues could never layan jenis ni? pic.twitter.com/KdVRQ0sE7a

— Hardee Stan Account (@IniAlalalannn) January 24, 2023


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *