Isteri kedua pengarah Syamsul Yusof sehingga kini dilihat masih berdiam diri dan tidak terlalu menonjolkan diri atau memberikan apa-apa kenyataan berhubung kemelut di antara mereka serta Puteri Sarah Liyana.
Namun, ada sahaja cerita-cerita yang tular membabitkan Ira Kazar seperti beberapa Instagram story sebelum ini yang menunjukkan seolah-olah dia santai dan situasi ini tidak memberi kesan kepadanya.
Terbaru, tular rakaman di TikTok mempamerkan anak Kazar Saisi itu dalam satu telemovie yang pernah dilakonkan Ira bersama beberapa pelakon lain.
Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini binti Kazaruddin itu hanya memegang watak sampingan sebagai salah seorang rakan watak utama yang dilakonkan Ain Edruce.
Leave a Reply