Zarina Anjoulie Selamat Bertunang Dengan Kekasih – “Akhirnya Awak Hampir Menjadi Milik Saya”

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Zarina Anjoulie kini selamat bergelar tunangan kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khazrul Elzey dalam majlis tertutup yang diadakan semalam.

Berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh Zarina atau lebih mesra disapa Anju menerusi hantaran di laman Instagram dan TikTok.

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, pempengaruh berusia 35 tahun itu menunjukkan cincin pertunangan yang disarung di jari manisnya.

Akhirnya, awak hampir menjadi milik saya. Terima kasih Allah atas segala-galanya.

Bukan itu sahaja, Anju turut meluahkan rasa syukur atas kelancaran majlis tersebut selain gembira mendapat ahli keluarga baharu.

Syukur alhamdulillah untuk hari ini. Sayang keluarga baru saya.

View this post on Instagram

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *